Search

BLURB LAMARAN RAMADAN

Sebagai wartawan ...

  • Share this:

BLURB LAMARAN RAMADAN

Sebagai wartawan kebenaran...

Saloma ada etika. Dia tak akan menulis sesebuah cerita tanpa sumber yang sahih dan akan cuba buktikan kebenaran walaupun dia terpaksa menyamar.

“Tak payahlah nak komen macam diri sendiri tu pandai masak sangat. Biasalah, kadang-kadang orang terlebih garam, terlebih pedaih, ada masa terlebih gula. That’s life. And life is not perfect. Kadang-kadang ikut resipi tapi ke laut juga. Macam takdir, kadang-kadang tak berpihak pada kita...”

Gara-gara geram dengan kenyataan Oman Al-Fateh, Saloma buat keputusan untuk menyamar sebagai personal cef di rumah Oman Al-Fateh untuk menunjukkan kebenaran yang dia seorang yang pandai masak.

“Ini... Saloma la. Tak ada tekak yang lebih cerewet daripada tekak ayah aku tau. Kalau ayah aku pun, aku boleh tapau setelah berguru dengan cef istana... Apa sangatlah tekak Oman Al-Fateh tu.”

Mana Saloma nak tahu yang penyamaran itu bakal membongkarkan cinta lama yang dipendam Oman Al-Fateh.

“Awak rasa... Perlu tak saya beritahu dia yang saya suka kat dia? Kalau saya cakap, dia akan terima saya tak? Saya bukan apa... Saya tak nak lepaihkan peluang lagi.”

Mana Saloma nak jangka yang cinta lama dimaksudkan Oman Al-Fateh itu ialah diri dia sendiri.

“... Saya akan bagi semuanya yang awak nak tu dengan syarat, awak kena bagi jawapan ke ataih lamaran saya sebelum berakhiaqnya Ramadan. Boleh?”

Mana Saloma nak sangka yang dia sudah mula terjatuh cinta.

Malangnya, belum sempat Saloma beritahu tentang jawapan ke atas lamaran Oman Al-Fateh...

“Dia tak sedaqkan diri dah empat hari, Loma!”

Masihkah ada kesempatan kedua untuk Saloma?

Ah...
Sesungguhnya kehilangan itu...
Perit!

#lamaranramadan


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts